A. PENGURUSAN EVENT/ACARA
1. HARI KELUARGA
Penganjuran dan pengurusan penuh acara dan aturan agenda untuk hari keluarga (modul 1 hari & 2 hari 1 malam) dari perancangan, penginapan, katering, sistem suara, penyediaan hadiah & cenderamata dan pengurusan aktiviti dari mula hingga akhir.
2. KARNIVAL
Penganjuran dan pengurusan penuh carnival/expo atau pertunjukan dalam konteks rangkaian infrastuktur merangkumi aturan binaan, sistem audio-visual & aliran keluar masuk serta agenda pelaksanaan yang meliputi skop karnival/expo/pertunjukan, ikatan dengan klien/penyewa gerai/pengusaha, kelancaran aturcara & aktiviti, promosi dan system jualan/persembahan.
3. GROUP GATHERING
Penganjuran dan pengurusan penuh acara dan aturan agenda untuk program berkelompok ’Group Gathering’ (1/2/3 hari) dari perancangan, penginapan, katering, sistem suara, penyediaan hadiah & cenderamata dan pengurusan aktiviti dari mula hingga akhir.
4. PROGRAM KEUSAHAWANAN
Penganjuran dan pengurusan penuh acara dan aturan agenda untuk program keusahawanan dari perancangan, pemilihan peserta dan komitmen syarikat atau skop perniagaan, pengurusan dan pemantauan aktiviti dari mula hingga akhir. AWESOMETEAM juga menyelitkan sesi realiti (ala-Apprentice) untuk dayasaing peserta program keusahawanan.
5. FORUM PERDANA
Penganjuran dan pengurusan penuh Forum Perdana dalam konteks rangkaian infrastuktur merangkumi aturan binaan (khemah dan pentas), sistem audio-visual & aliran keluar masuk serta agenda pelaksanaan yang meliputi skop program, ikatan dengan panel jemputan, kelancaran aturcara & aktiviti, promosi dan acara pada hari program.
6. PARENTING/KEIBUBAPAAN
Ceramah & Forum dan penganjuran serta pengurusan penuh acara dan aturan agenda untuk program keibubapaan.
7. PROGRAM ANAK ANGKAT
Penganjuran dan pengurusan acara dan aturan agenda untuk program anak angkat dari perancangan, pemilihan peserta dan komitmen ibu-bapa angkat, pengangkutan, pengurusan dan pemantauan aktiviti dari mula hingga akhir.
8. PROGRAM IBU TUNGGAL
Ceramah & Forum dan penganjuran serta pengurusan penuh acara dan aturan agenda untuk program ibu tunggal.
Untuk modul bermalam, melibatkan ibu dan anak, AWESOMETEAM akan mengatur agenda dari perancangan, penginapan, makan minum pengangkutan, pengurusan dan pemantauan aktiviti dari mula hingga akhir. Aktiviti untuk anak dan ibu adalah berasingan kecuali beberapa sesi yang menggabungkan penglibatan ibu dan anak.
9. ACARA SUKAN
Penganjuran dan pengurusan penuh acara sukan/pertandingan/tournament seperti Kejohanan Badminton, Bolasepak, Futsal, Golf dll dalam konteks rangkaian infrastuktur merangkumi aturan binaan, sistem audio-visual & aliran keluar masuk serta agenda pelaksanaan yang meliputi skop acara, penglibatan penyertaan peserta/pemain dan jemputan khas, kelancaran aturcara & perjalanan kejohanan, promosi dan penyediaan hadiah untuk pemenang.


0 comments:
Post a Comment